Tuesday, October 21, 2008

WASIAT IMAM GHAZALI


Siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :
1.Hak Kepada Diri
Iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2..Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu mengaqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah
3.Hak Kepada Kubur
Iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4.Hak Kepada Munkar Nakir
Iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati
5.Hak Kepada Mizan
Iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan
6.Hak Kepada Sirat
Iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman da suka berjemaah.
7.Hak Kepada Malik
Iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8.Hak Kepada Ridhwan
Iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat
9.Hak Kepada Rasulullah
Iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.
10.Hak Kepada Allah
Iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

No comments: